Sejarah SK (1) Kuala Ampang



JANUARI 1963
2 Kelas murid Darjah Satu yang didaftarkan atas nama Ulu Klang Primary English School, Kuala Lumpur, telah menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan (Ing.) 
Jalan Gurney

12 JULAI 1936
Kerja pembinaan bagunan sekolah baru dimulakan di Ulu Klang New Village. Ia terdiri daripada dua blok bagunan dua tingkat, dan sebuah kantin.

JANUARI 1964
Bagunan baru Ulu Klang Primary English School, Kuala Lumpur telah siap pembinaannya di tapak yang ada sekarang. Dua kelas murid yang  menumpang di SRJK (Ing.) Jalan Gurney telah dipindahkan ke sini, dan ditambah dengan tiga kelas lagi murid Darjah Satu [kemasukan baru]. Ini menjadikan murid perintis sekolah ini seramai 219 orang,beserta dengan seorang Guru Besar,5 orang guru dan seorang tukang sapu. Maka bermulalah era Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Kuala Ampang, yang pada waktu itu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Miss E.R. Richards dilantik sebagai Guru Besar pertama sekolah ini.
SEKITAR TAHUN 1965
Sekolah ini telah menempatkan pelajar-pelajar Kelas Peralihan [Remove Class], yang akan memasuki sekolah menegah. Kelas-Kelas telah diadakan pada sekolah petang dengan dibantu oleh seorang penyelia iaitu Puan Chan Kong Yew.Dalam tahun 1967, Kelas-Kelas Peralihan ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh seorang guru iaitu En.C.Ayudorai. Dua tahun selepas itu [Januari 1969], Kelas-Kelas Peralihan ini telah dipindahkan sepenuhnya ke Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan [Ing.] Batu 4 ½ Ulu Kelang.

Bilangan murid sekolah ini terus meningkat. Menjelang Januari 1971, bilangannya telah mencapai 1450 orang, dan ini memaksa Pejabat Pelajaran Selangor mengambil keputusan untuk memecahkan sekolah ini kepada dua pentadbiran. Maka bermulalah pula era Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan [Ing.] Satu Hulu Kelang Baru. Miss E.R. Richards masih mengekalkan jawatannya dengan dibantu oleh seorang Guru Penolong Kanan iaitu En. Abd. Manan Simpol.

SEKITAR TAHUN 1972
Nama sekolah ditukar pula kepda Sekolah Kebangasaan [Satu] Hulu Kelang baru apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah. Majalah “TEKUN” diterbitkan buat pertama kalinya di bawah kelolaan En. K. Kanapathy sebagi Ketua Pengarangnya.


SEKITAR TAHUN 1973
Miss E.R. Richards telah bersara secara pilihan dan tempatnya telah diambil alih oleh En. Othman b. Mond. Ali. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan Lagu Sekolah dan mewujudkan Bilik Perpustakaan.

22 SEPTEMBER 1973
Persatuan Ibu-Bapa Dan Guru [PIBG] sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya. Pengerusinya ialah Tuan Haji Abdullah b. Sulaiman. Beliau terus memegang jawatan ini hingga tahun 1979.

20 JULAI 1974
Perpustakaan Miss E.R. Richards telah dirasmikan oleh En. Tan Teik Beng, Pengarah Pendidikan Selangor.

SEKITAR TAHUN 1975
Bagunan tambahan kantin dibina dan berkembar dengan bagunan yang lama. Bahagian dalam bagunan ini kemudian telah diubahsuai oleh PIBG dan dijadikan Bilik Sains pada tahun 1981.

SEKITAR TAHUN 1976
Sekolah in mengalami dua peristiwa penting. Yang pertama, nama sekolah sekali lagi bertukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan [Satu] Kuala Ampang, sejejar dengan pertukaran nama Hulu Kelang Baru kepada Kuala Ampang. Dan bermulalah era SRK[1] Kuala Ampang sehingga ke hari ini. Yang kedua , En.Othman  b. Mond. Ali telah bertukar Sekolah Kebangsaan Hishamuddin. Beliau telah digantikan oleh Tuan Haji Fakharuddin b. Hussien.

DISEMBER 1979
Tuan Haji Fakharuddin b. Hussien telah bertukar ke Jambatan Pendidikan Wilayah Perseketuan dan tempatnya telah diambil alih pula oleh Tuan Haji Hamzah Maamur b. Sulaiman. Pada tahun ini juga PIBG telah memilih Yang Berbahagia Dato’ Haji Othman Bokhari untuk menrajui pucuk pimpinannya. Di bawah pimpinannya, banyak projek-projek menambahan kewangan PIBG telah dapat dijalankan. Di bawah pimpinannya, PIBG telah membiayi pembinaan Stor P.J. Impiannya yang utama ialah untuk mendaptkan sebuah bas sekolah. Impiannya menjadi kenyataan apabila PIBG berjaya membeli sebuah bas Model Nissan C1 800 dengan nombor pendaftaran BBU 8281 yang dapat memuatkan 66 orang murid. Malangnya pada waktu itu[1983],Beliau tidak lagi menjadi Pengerusi PIBG. Namun komitmennya terhadap usaha-usaha PIBG itu diteruskannya. Perasmian pelancaran bas sekolah milik PIBG ini telah dilakukan oleh beliau sendiri sempena 10 Tahun PIBG.

SEKITAR TAHUN 1983
Bagunan tambahan dua bilik telah dibina di belakang blok B melalui Projek Kilat Kementerian Pendidikan. Buat masa ini, bilik–bilik tersebut digunakan sebagai bilik Pendidikan Moral dan Bilik Pemulihan. Dalam tahun ini juga Pengerusi PIBG bertukar ganti kepada En. Mohd. Noor Bahari.

SEKITAR TAHUN 1985
Bagunan tambahan tiga bilik darjah telah dibina bersebelahan dengan bagunan dua bilik darjah, juga dibawah Projek Kilat Kementerian Pendidikan.Sekolah mengalami pertukaran Guru Besarnya, apabila Tuan Haji Hamzah Maamur berpindah ke Bandar Baru Bangi.

1 MAC 1986
En. Muhamad Zam Zam Salimon melaporkan diri sebagai Guru Besar sekolah ini. Beliau sebelum ini merupakan Guru Besar SK Bukit Badung. Beliau tidak lama di sekolah ini dan bertukar pada 31 Ogos 1987. Kepimpinan PIBG juga bertukar tangan kepada Tuan haji Abd. Aziz b. Mohd.Yusof.

1 SEPTEMBER 1987
Tuan Haji Mohd.Yusof b. Ahmad melaporka diri menjadi Guru Besar sekolah ini. Di bawah pentadbirannya, surau sekolah telah dinikantaraf dengan bantuan pembinaan PIBG. Beliauy menjadi Guru Besar sehingga tahun 1989, apabila tempatnya digantikan oleh En. Anuari Hj. Daud. Keadaan kesihatan yang begitu meruncing memaksa En.Anuari terus besar daripada profesionnya apabila Beliau meninggal dunia pada 20 Mei 1991.

SEKITAR TAHUN 1991
Turut memperlihat sekolah mendapat empat lagi bilik darjah tambahan melaui Projek Kilat Kementerian Perndidikan yang dibina dihadapan Blok A. En. Abd. Halim b. Md. Zaid mengambila alih pentadbiran sekolahb sebagai Guru Besar. Beliau yang terpaksa berulang alik dari Bukit Badung ke Kuala Lumpur setiap hari, akhirnya mendapat peluang untuk betukar sekolah yang lebih hamper dengan rumahnnya mulai 30 Jun 1993.

14 JULAI 1993
En. Mohd.Yatim bin Dolir melapor diri sebagai Guru Besar yang ke sembilan sekolah ini. Pada waktu itu, rancangan untuk kerja-kerja tambahan pembinaan blok baru 12 bilik darjah (tiga tingkat) telah mencapaui peringkat terakhir.

SEPTEMBER 1993
Kerja-kera memasang cerucuk untuk pembinaan blok tambahan dimulakan. Sepanjang kerja-kerja pembinaan ini dijalankan, perhimpunan mingguan sekolah terpaksa diadakan di luar bilik darjah masing-masing.

21 APRIL 1994
Upacara penyerahan kunci bagunan barru oleh pihak kontraktor [Jokista Sdn.Bhd.]kepada pihak sekolah telah dijalankan dengan disaksikan bersama oleh wakiol Jabatan Pendidikan Selangor dan Jabatan Kerja Raya [JKR].Guru Besar Sekolah [2],Puan Asnaniar Alias turut serta dalam majlis ringkas tetapi bermakna itu.

22 APRIL 1994
Majlis Muafakat Disemai Sepakat Dituai’telah diadakan antara guru –guru dan staf sokongan SRK [1] dan SRK[2]. Majlis yang disertai dengan jamuan kesyukuran tanda selamat kerja-kerja pembinaan bagunan blok baru dan juga bagunan mohon keselamatan menggunakan bagunan baru itu, juga mempunyai objektif lain untuk:
·         Menyelaraskan hal-hal kepentingan bersama melalui musyawarah
·         Mewujudkan satu forum membincangkan permasalahan bagi mencapai rumus penyelesaian
·         Mewujudkan iklim kerja yang kondusif,mesra,ikram dan bekrjasama di antara kedua-dua sekolah.
·         Mewujudkan sikap kepunyaan ,kesetiakawanan dan kesejawatahnan.
·         Menyemau bibit-bibit semangat kesatuan dan perkongsian dalam misi dan visi Pendidikan seluruhnya.
·         Melahirkan pemimpin [guru/staf] yang dapat bergaul,menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.
·         Mencabah benih-benih permuafakatan antara organisasi bagi menjalin hubungan yang lebih mesra untuk sama-sama memikul tanggungjawab merealisasikan sekolah tanpa kegagalan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada PIBG kerana telah mendahulukan perbelanjaan membiayi kerja-keja menurap dataran perhimpunan di hadapan bagunan baru ini, sebanyak RM 7,800.00

Dengan adanya bagunan baru ini, maka pihak sekolah telah memperolehib beberapa bilik darjah untuk dijadikan Pusat Sumber dan Perpustakaan yang bersaing, makmal sainsdan benkel Kemahiran Hidup. Buat masa ini ,kerja-kerja mengubahsuai bilik darjah di blok baru sedang dijalankan untuk dijadikan Pejabat Am dan Bilik GPK. Dengan itu nanti, Pejabat lama akan diserahkan kepada SRK[2] manakala bilik Guru Besar akan dijadikan Klinik Sekolah.

Dari segi Fizikal, tahun ini sekolah mempunyai 3 blok bangunan konkrit[2 tingkat dan 3 tingkat] dan 4 blok bagunan kayu. Blok-blok ini menempatkan 23 bilik darjah, sebuah Pusat Sumber Sekolah, sebuah Perpustakaan,Bilik Guru, Pejabat Am, bilik-bilik Guru Penolong Kanan, sebuahg bengkel Kemahiran Hidup, sebuah Makmal Sains ,bilik Muzik dan dewan serbaguna. Selain itu,terdapat juga sebuah bagunan teduhan untuk murid sesi petang ‘menunggu’,kantin berkembar, klinik sekolah, stor Pendidikan Jasamani,stor SPBT dan sebuah surau.


2 comments: